Ahad, Mei 15, 2016

Senarai Buku Indie Malaysia (pra 2008 - 2016)

Spektrum buku indie terlalu mencapah dari yang gelap dan emo Jargon ke lawak santai Sol-Jah ke success bestseller Nadia Khan ke penekanan isu sosial Thukul Cetak ke macam-macam. Berikut merupakan senarai buku indie yang direkomendasi teman-teman Twitter dan FB, yang mana tak semua saya suka, tapi ini bukan soal personal taste tetapi kepelbagaian buku indie yang ingin diketarakan. Sebab bila buku indie diperlekeh, biasanya saya sendiri runsing, buku siapa yang diusik. Jadi dengan adanya senarai ini, bila orang generalisasi buku indie dan asosiasikan ia dengan benda-benda jahat, sekurang-kurangnya mereka kena membaca terlebih dulu, dan berhenti bersikap prejudis secara membuta tuli macam selalu.

Senarai ini mungkin tak lengkap, tapi saya harap ia tak tinggalkan buku-buku penting! Kalau ada tertinggal boleh terus hubungi saya di Twitter, FB atau emel.

Buku indie di sini bukan makna literal bahawa ia perlu diterbitkan secara mandiri. Di sini saya letak semangat dan sensibility indie pasca milenial, dengan kewujudan internet bagai. Malah antara terbitan terawal indie berupa blook, iaitu hasil nukilan blog yang dibukukan. Saya rasa ia praktis yang baik, tetapi suara indie itu sendiri akan datang kemudian bilamana buku-buku non-blook mulai terbit. Bagi saya Kasut Biru Rubina (2008) merupakan katalis kepada sensibility indie ini. Ia lebih mendunia, setara dengan sastera kontemporari, bersifat semasa, lucu dan segala-galanya yang DBP bukan. Satu buku penting lain = Lagi Cerpen-Cerpen Underground (2002). Buku ini boleh dikonsider proto-indie, sebab ia merupakan titik tolak Faisal dan Saharil dengan usaha cetak sendiri melawan kebergantungan terhadap DBP yang dominan dulu kala dan juga tahun terakhir Malaysia di bawah pemerintahan Mahathir. Betul memang ada buku-buku terbitan mandiri sebelum ini, tapi pokoknya tiada yang sebaik ini, dan selari dengan semangat zaman yang akan dilalui kemudian. Lagi Cerpen-Cerpen Underground ini dah berusia 14 tahun dan masih segar dibaca sekarang. 

Buku indie adalah suara generasi pasca-Mahathir. Mungkin ada yang percaya bahawa buku indie terhutang budi dengan demokrasi yang digerakkan generasi Reformasi 98, sebab tanpa mereka kita tak boleh terbit suka hati andai masih di bawah pemerintahan Mahathir. Sejujurnya saya rasa hanya seorang asshole boleh berfikiran sebegini. 

Kasut Biru Rubina terbit 2008, tapi ada gap 5 tahun pertama selepas Mahathir letak jawatan pada 2003. Mungkin kita masih nak menyesuaikan diri etc., tapi saya syak penerbitan buku tak tumbuh waktu tu sebab semua orang tengah gila sakan main internet.

Buku indie menjadi gelombang industri pada tahun 2011 dengan kemunculan Buku Fixi, Lejen dan Dubook yang akan mendominasi pasaran sehingga munculnya imprin-imprin faux-indie dari syarikat buku popular yang ingin berkongsi market. Banyak penerbitan menyusul sama yang kau-tau-apa. Manakala bedroom publishers runcit-runcitan seperti saya pula via Moka Mocha Ink tetap berdegil mau menawarkan hiburan alternatif.

Senarai ini disusun ikut bentuk dan tahun, agar kita boleh lihat yang mana datang dulu dan yang mana datang kemudian. Perlu ditekankan bahawa kebagusan sesebuah karya tidak putus dari dulu hingga sekarang. Mungkin ada yang rasa zaman dulu lagi best, tapi itu sekadar sentimen semata / over-romanticize masa lalu sebab kita ambil saja contoh buku Cerpen-Cerpen Underground oleh Saharil Hasrin Sanin terbitan 2016, ia masih sebuah buku yang barangkali lebih kuat kalau dibandingkan dengan kumpulan cerpen terdahulu.

Disertakan sekali senarai nama mereka yang mendukung atau memilih sesebuah buku (ada yang saya syak, harap betul). Kalau ada yang silap boleh minta saya betulkan. Kalau anda rasa yakin selaku author nak sokong dengan memilih mana-mana buku, boleh kasi tau saya juga. Nanti saya update bubuh nama. Dengan itu dipersilakan senarai buku Indie Malaysia pilihan ramai!


NOVEL

1. Devil's Place oleh Brian Gomez (2008)
pilihan: Amir Muhammad, Hadi M. Nor

2. Cekik oleh Ridhwan Saidi (Mei 2011)
pilihan: Nami Cob Nobbler, Anas Mohd

3. Pecah oleh Khairulnizam Bakeri (Mei 2011)

4. Kasino oleh Saifullizan Tahir (Julai 2011)
pilihan: Nami Cob Nobbler, Amir Hamzah, Saat Omar, Mohd Azmen, Embun Karina, Anas Mohd, Amar Amir

5. Amerika* oleh Ridhwan Saidi (September 2011)
pilihan: Amir Muhammad, Sufian Abas, Raiha Bahaudin, Fazallah Pit, Nami Cob Nobbler, Mohd Azmen, Nadrah Mustafa, Amin Landak, Amar Amir

6. Ngeri oleh Gina Yap Lai Yoong (September 2011)

7. Awek Chuck Taylor oleh Nami Cob Nobbler (Oktober 2011)
pilihan: Mohd Azmen, Ismail Suhadi

8. Kelabu oleh Nadia Khan (Disember 2011)

9. Anarki di Kuala Lumpur oleh Mohd Jayzuan (2011)
pilihan: Mohd Azmen

10. Mautopia oleh Ridhwan Saidi (Mac 2012)
pilihan: Nami Cob Nobbler, Amaluddin Zhafir

11. Bisik oleh Syaihan Syafiq (April 2012)
pilihan: Amir Hamzah

12. Stereo Genmai* oleh Ridhwan Saidi (Jun 2012)
pilihan: Sufian Abas, Nami Cob Nobbler, Amir Hamzah, Saat Omar

13. Timid oleh A.B. Hashim (Jun 2012)
pilihan: Mohd Azmen

14. Kancilman oleh Nor Hisham Mohamed (Mac 2013)

15. Rokok Nan Sebatang oleh Nami Cob Nobbler (April 2013)

16. Sepuloh Nama oleh Sahidzan Salleh (April 2013)

17. Seronok oleh Saat Omar (September 2013)
pilihan: Syaihan Syafiq

18. Pedagogi Bahasa Tertindas oleh Zulfikri Zamir (Disember 2013)
pilihan: Amir Hamzah

19. Gantung oleh Nadia Khan (Disember 2013)

20. Babyrina oleh Ridhwan Saidi (Mac 2014)
pilihan: Sufian Abas, Nami Cob Nobbler

21. Perjalanan oleh Regina Ibrahim (November 2014)

22. D.U.B.L.I.N oleh Wan Nor Azriq (2014)
pilihan: Raiha Bahaudin, Syaihan Syafiq, Saat Omar, Mohd Azmen

23. Polaroid oleh Mohd Azmen (Februari 2015)
pilihan: Embun Karina

24. Rebel oleh Saat Omar (Februari 2015)

25. Romantis oleh Nuril Basri (Februari 2015)
pilihan: Amir Hamzah

26. Brazil oleh Ridhwan Saidi (April 2015)

27. Obsesi oleh Gina Yap Lai Yoong (April 2015)

28. Kunang Pesisir Mortem oleh Raiha Bahaudin (April 2015)

29. 86 oleh Wan Nor Azriq (September 2015)

30. Jahat oleh Syafiq Ghazali (Januari 2016)

31. Insta oleh Syahmi Fadzil (April 2016)



CERPEN

1. Dongeng Pascamerdeka oleh Azman Hussin (2000?)
pilihan: Saharil Hasrin Sanin

2. Lagi Cerpen-Cerpen Underground* oleh Faisal Tehrani dan Saharil Hasrin Sanin (2002)
pilihan: Amar Amir

3. Kasut Biru Rubina* oleh Sufian Abas (2008)
pilihan: Ameerul Syafiq, Farish Noor, Mohd Jayzuan

4. Mea Culpa oleh Amirul Fakir (2008)

5. Pasca Manusia oleh Sufian Abas (2009)
pilihan: Syahmi Fadzil, Scriptorium Kitab

6. Waktu Aku Jatuh Dari Kayangan Bulu Sayapku Relai Bertaburan Lalu Kau Kutip Dan Jadikan Shutelkok oleh Ruhayat X (2009)
pilihan: Anas Mohd

7. Dua Lauk: Fiksi Popkon dari Zon Imaginasi Terlarang oleh Taf Teh dan D’ianadi (2009)
pilihan: Syahmi Fadzil, Hasrul Rizwan

8. Rojak oleh Amir Muhammad (Jun 2010)
pilihan: Anas Mohd, Ameerul Syafiq

9. Nyaman Si Puding Roti oleh Cikha Sidinaali (2010)

10. Sepucuk Pistol Di Dalam Laci oleh Hadi M. Nor (2011)
pilihan: Sufian Abas, Amir Hafizi, Amir Muhammad

11. Alegori Robot Derhaka oleh Saat Omar (September 2012)

12. Sarsaparilla oleh Hasrul Rizwan (Januari 2013)

13. Pendek Mabuk Gila* oleh Ahmad Kamal Abu Bakar (Julai 2013)

14. Bercakap Dengan Jun oleh Hasrul Rizwan (Disember 2013)

15. Catatan Seorang Askar oleh Jasni Md Zain (April 2015)

16. Wiski Pop oleh Mohd Azmen (April 2015)

17. Lemoi oleh Bungo Lale (April 2016)

18 . Cerpen-Cerpen Underground oleh Saharil Hasrin Sanin (April 2016)


ANTOLOGI CERPEN oleh ramai penulis

19. Silverfish New Writing 1 (Disember 2001)

20. Wilayah Kutu: Himpunan Suara Anak-Anak dari Frinjan (2005)

21. Aweks KL (2008)

22. Romlah: The Untold Story (2008)

23. Orang Macam Kita (November 2010)
pilihan: Syaihan Syafiq

24. Siapa Kekah Bidan Sepiah (2010)

25. Republik Kutu (2011)
pilihan: Ismail Suhadi

26. Kelahiran Lain (2011)
pilihan: Karl Agan

27. Batu Ketiga Dari Matahari (Mac 2012)

28. Lelaki Simpanan (Januari 2015)

29. Orang Pahang Berlawan Bola Dengan Viking (April 2015)



PUISI

1. Utopia Trauma oleh Rahmat Haron (2006)
pilihan: Mohd Jayzuan

2. Akulah Perempuan Muda Itu oleh Shaira Amira (2009)

3. Tangerin & Nikotin oleh Mimi Morticia (2009)
pilihan: Mohd Jayzuan

4. Perempuan Yang Patah Hati oleh Rasyidah Othman (Jun 2011)
pilihan: Adinata Gus

5. Pinggir Malam Yang Mati oleh Zulwaqar Aqram, Tramizi Hussin dan Shafiq Halim (Jun 2011)
pilihan: Ismail Suhadi, Karl Agan

6. Toska oleh Rasyidah Othman (Jun 2012)
pilihan Ismail Suhadi

7. Seksi Ovari oleh Fazleena Hishamuddin (Disember 2012)

8. 48 Sajak oleh Aisyah Rais (2012)

9. Boke oleh Api Husien, Elham Rebel dan Karl Agan (September 2013)

10. Protopunk oleh Adam Kasturi (Oktober 2013)

11. Sekumpulan Epitaf & Surat-Surat Yang Lewat* oleh Karl Agan (Ogos 2014)
pilihan: Ameerul Syafiq, Mohd Jayzuan

12. Trisula Kata Dari Daerah M oleh Arafat Hambali, M. Farez, Najmuddin Yusoff (Oktober 2014)
pilihan: Anas Mohd

13. Malakalis oleh Hafiz Hamzah (Disember 2014)

14. Cerita Cinta Bohongan* oleh Mimi Morticia (Januari 2015)

15. Di Pinggulmu Ada Bulan oleh Hadi Jaafar (April 2015)

16. Perempuan Bulan Perempuan Hujan oleh Ainunl Muaiyanah (April 2015)

17. Rimbaud Dalam Limbo oleh Hadi Jaafar (November 2015)

18. Aku Namakan Kau Angin oleh Adinata Gus (Februari 2016)

19. Holokos* oleh Ridhwan Saidi (April 2016)
pilihan: Karl Agan, Mohd Jayzuan


ANTOLOGI PUISI ramai penulis

20. Salun Eksotikata (2009)
pilihan: Alina Abdullah, Sufian Abas



NON-FIKSYEN

1. New Malaysian Essays 1 (Mac 2008)
pilihan: Alina Abdullah

2. New Malaysian Essays 2 (Julai 2009)
pilihan: Alina Abdullah

3. 28 Hari: Jurnal Rock N Roll oleh Mohd Jayzuan (2010)
pilihan: Pitri Al-Fateh Zainon

4. Tentang oleh Saharil Hasrin Sanin (2011)
pilihan: Amir Hamzah

5. KATA 3 (Mac 2012)
pilihan: Anas Mohd

6. Punk Rock: Di Sebalik Muzik Bising dan Fesyen (Januari 2012)

7. Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang oleh Zulfikri Zamir (Februari 2013)
pilihan: Ameerul Syafiq

8. Peripeteia Tragedi Yunani oleh Nazim Masnawi (2013)
pilihan: Saat Omar

9. Jurnal Obscura: Merapat Renggang (2013)
pilihan: Alina Abdullah

10. Diagnosis (April 2014)

11. Masharakat Melawan Mahasiswa oleh Zulfikri Zamir (Disember 2014)

12. Utopia Masyarakat Lambak oleh Azhar Ibrahim (April 2015)

13. Semoga Tuhan Merahmati Sains (April 2016)


BLOOK

1. Ayah Kita Bos oleh Sinaganaga (2006)

2. Jongkang Jongket oleh Mat Jan (2006)

3. Goblog: Koleksi Tulisan Blog Orang Kecil (Ogos 2006)

4. Kacip oleh Pipiyapong (April 2009)
pilihan: Mohd Jayzuan

5. Kitab Bin Filem: Sinema (Ogos 2009)
pilihan: Anas Mohd

6. Cewah oleh Pipiyapong (2011)
pilihan: Sufian Abas



LAIN-LAIN

7. Kentang oleh Saharil Hasrin Sanin (2011)
pilihan: Amir Hamzah

8. Kuala Terengganu in 7 Days oleh Mimi Mashud (Disember 2014)

9. Orang Ngomong Anjing Gong Gong oleh Muthalib Uthman (April 2015)
pilihan: Muthalib Uthman



ZINE

Aedes (1987), Piss of Mine, Out of Step, Biodegradable Material dan Chronically Donut (90an)
pilihan: Saat Omar

siri Fragranfrantik
pilihan: Aisyah Rais

Fraktur (2016)


* = chef's recommendation

ridhwan saidi